Tuesday, July 15, 2008

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Sunday, July 13, 2008

TERJEMAHAN BACAAN TALKIN

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untukmenjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkanzat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasamenghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini.Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnyamelainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlahberasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau sertajanganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka berkata:Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,biarlah tenang dan berhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulanRamadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkandari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallahMuhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alamBarzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semulauntuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangundari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul danberhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga danneraka adalah benar.Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang mahaberkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisiAllah Taala.Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkanhati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagangseorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunandan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksamayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar beradadi dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingatidengan kesabaran." Surah Al-A'sr .Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlahpesanku walaupun satu ayat..." Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhlukdibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenaliORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambilmembersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUDtidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu darikalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullahsaw:Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kuburdibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga."Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semuaanak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulangdari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyakmelebihi daun-daun kayu di bumi.Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepadamereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakanpada HARI yang telah LALU itu."

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237Untuk renungan dan amalan bersama ."LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Wednesday, July 9, 2008

PETRONAS DAN HARGA MINYAK

Saya berasa amat sedih kerana ada orang menyalahkan Petronas kerana kenaikan harga minyak sehingga sanggup mengkasari beberapa pekerja Petronas yang memakai baju Petronas dan menolak-nolak mereka dalam keretapi komuter. Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga. Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian "production sharing".Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.

Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.Pendapatan Petronas lebih tinggi daripada jumlah cukai korporat dan cukai pendapatan Kerajaan. Tanpa sumbangan besar daripada Petronas Kerajaan tidak akan dapat memberi subsidi minyak sama sekali.Keputusan untuk menggunakan sumbangan wang daripada Petronas untuk subsidi adalah hak Kerajaan dan bukan hak Petronas. Bagaimana dan banyak mana subsidi yang hendak diberi adalah tanggungjawab dan hak Kerajaan. Mengurang atau tidak jumlah subsidi juga ditentukan oleh Kerajaan.Walaupun Kerajaan mengganti rugi semua syarikat minyak di Malaysia kerana menetap harga minyak yang rendah daripada kos minyak, ini tidak dilakukan berkenaan harga gas.Harga gas sekarang jauh lebih rendah daripada harga sebenar. Kerajaan memaksa syarikat penjual gas menanggung kos ini. Oleh itu hanya Petronas sahaja yang sanggup mengadakan stesen gas untuk kereta dan juga membekal gas kepada stesen jana elektrik. Tiap satu meter padu gas yang dibekal oleh Petronas untuk kereta atau stesen janakuasa, Petronas menanggung kerugian.Oleh kerana permintaan untuk gas melebihi daripada pengeluaran di Semenanjung, Petronas terpaksa beli gas dengan harga pasaran dunia. Dengan ini kerugian menjadi lebih besar.Jika lebih banyak gas digunakan, walaupun Petronas dibenar menaikkan harga gas, tetapi Petronas tetap akan rugi. Sudah tentu syarikat minyak yang lain tidak akan import dan jual gas di Malaysia.

Sebagai syarikat negara Petronas sanggup tanggung kerugian. Syarikat dagang tidak akan berasa bertanggung jawab terhadap negara ini.Penggunaan minyak dalam negara meningkat sepanjang masa. Tiap tahun hampir setengah juta kenderaan bermotor didaftar. Bangunan-bangunan pencakar langit dan bangunan rumah bertambah dengan pesat. Demikian juga industri yang mewujudkan peluang kerja kepada rakyat. Semuanya mengguna kuasa elektrik yang dijana dengan gas sebagai bahan api.Hari ini kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong sehari, dan kita guna 400,000 tong dalam negara. Baki 250,000 tong kita jual di luar negara dengan harga pasaran iaitu 140 Dolar Amerika se-tong bersamaan dengan RM420 se-tong.Dengan kenaikan harga minyak, subsidi untuk minyak tentu naik. Tetapi kerana kita dapat tambahan pendapatan daripada kenaikan harga jualan minyak yang kita eksport maka subsidi boleh ditambah.Tetapi jika kegunaan dalam negeri meningkat, dan ia tetap meningkat, maka eksport tentulah merosot sepanjang masa. Bertambahnya penggunaan dalam negeri bermakna lebih banyak jumlah subsidi yang diperlukan. Lebih banyak yang digunakan dalam negeri, maka jumlah eksport tentulah merosot dan pendapatan daripada eksport juga akan merosot.Jika sampainya satu masa jumlah kegunaan dalam negeri menjadi sama dengan jumlah pengeluaran dalam negeri, maka tidak akan ada lagi pendapatan daripada eksport. Di waktu itu tidak ada wang untuk memberi subsidi lagi.Petronas saya percaya jika tidak diganggu oleh pihak tertentu untuk menguasai industri yang begitu untung ini, akan cuba mengeluarkan minyak di luar negara. Minyak ini tidak akan beri pulangan yang sebesar minyak dalam negeri. Bayaran hasil oleh Petronas kepada Kerajaan akan merosot. Jika tidak ada sesuatu usaha dibuat sekarang, jika hanya politik yang diberi perhatian oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi, ekonomi negara ini boleh hancur dan rakyat akan kembali jadi rakyat negara ketiga.Sementara itu kita harus fikir apakah akan jadi kepada kita jika tidak ada Petronas dengan kecekapan anggotanya dalam industri yang strategik ini.Walaupun saya dinamakan penasihat kepada Petronas, setelah saya tidak jadi Perdana Menteri saya tidak lagi memberi apa-apa nasihat.

Apa yang saya tulis ini ialah berkenaan dengan strategi Petronas yang dibentuk dahulu, yang mengambilkira masa depan industri minyak negara dan kesan terhadap ekonomi negara. Memang kenaikan harga minyak tidak diduga, tetapi ramalan kita tidak akan sebegini teruk. Strategi ini perlu dikaji semula memandangkan kenaikan harga yang luar biasa.Strategi ini perlu mengambilkira bukan sahaja keadaan dalam negara dan keperluan mencari populariti tetapi juga keadaan di luar Negara di mana sekali lagi konsep pasaran bebas (free market) memberi peluang kepada penyangak gergasi untuk memperkayakan diri mereka di atas penderitaan yang miskin di dunia

dipetik dari dairy ayahanda Dr. M